w3LcOmE tO My pAg3

Tuesday 22 February 2011

Ilham buat hati..


“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, kerana kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman” ali-‘imran:139

Alhamdulillah ‘ala kulli hal…setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya andai kita mahu berfikir…

Setelah berpenat lelah sepanjang tahun lepas mungkin semalam adalah antara tarikh paling keramat buat pelajar2 STPM 2010. Tahniah bagi yang berjaya mendapat keputusan yang baik. Say thanks to Allah.  Bergembiralah, tapi pastikan momentum itu tidak pudar di tengah perjalanan. Ya istiqomah itu perlu! Kejayaan hari ini tidak selalunya menjanjikan kejayaan hari esok. Perjalanan anda baru sahaja bermula…

Bagi adik2 yang kurang berjaya, kegagalan hari ini bukan penentu kepada kegagalan masa hadapan. Setiap percaturan Allah pasti terdapat hikmah disebaliknya..andai kita mahu berfikir. Mungkin kita teralpa dalam kesenangan dan mungkin juga teralpa dengan alasan. Ya, kerap beralasan yang menyebabkan kita takut dengan keupayaan sendiri. Perjalanan adik2 baru sahaja bermula. Terlalu banyak lagi yang perlu ditempuhi.Pengembaraan dalam menuntut ilmu tidak akan pernah berakhir. Dan pastinya perjalanan2 itu selalunya didatangi ujian yang menghalangi lagi menakutkan. Tapi ingatlah, ujian itu perlu dalam membentuk diri..sekali kurang berjaya bukan bermakna selamanya kurang Berjaya. Ya perjalanan anda baru sahaja bermula..

“hidup tidak akan selalu indah, langit tidak akan selalu cerah…”

Alhamdulillah ‘ala kulli hal..setiap yang berlaku pasti menghadirkan hikmah andai kita mahu berfikir..berfikirlah wahai adik2ku..dan jangan berhenti di perhentian ini. Perhentian2 lain ingin menemuimu…

2 comments:

  1. nikmat & musibah ujian dalam kehidupan..bersyukur dengan nikmat yang diberi dan bersabar atas musibah yang menimpa..=)

    ReplyDelete