w3LcOmE tO My pAg3

Saturday 26 February 2011

Mampukah kita..?

Wahai orang2 yang beriman! Janganlah sesuatu kaum menghina kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang dihina) lebih baik daripada mereka (yang menghina), dan jangan pula perempuan2 (menghina) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan(yang dhina) lebih baik daripada perempuan(yang menghina). Janganlah kamu salaing mencela satu sama lain, dan janganlah sering memanggil dengan gelaran2 yang buruk. Seburuk2 panggilan adalah (panggilan) yang buruk(fasik) setelah beriman. Dan barang siapa yang tidak bertaubat seseungguhnya mereka itulah orang2 yang zalim.” Al-hujurat:11
 
Jadi, adakah kita mahu memakan daging saudara kita sendiri?” soal Ustaz Ahmad usai membacakan tafsir yang dipetik dari surah Al-Hujurat ayat 12. Keadaan yang tadinya meriah dengan gelak tawa hadirin yang hadir berjemaah di surau An-nur menjadi sunyi. Mungkin terfikir mengenai kejelikan sendiri yang terbiasa menghina, mengaibkan, mengejek dengan gelaran yang memalukan, dan mengumpat saudara-saudara mereka.

Atau mahukah kita tergolong dalam golongan orang2 yang muflis di akhirat kelak?”[1] Keadaan semakin sunyi. Lontaran soalan daripada Ustaz Ahmad sebentar tadi seakan-akan tepat menikam jantung para hadirin. Muflis walaupun hidup dalam kekayaan harta dan amalan kebaikan tetapi miskin dengan adab sesama insan. Ya muflis dek ketidak sopanan terhadap saudara-saudara kita semasa hidup di dunia. Muflis dek kerakusan mencemuh dan berlaku tidak adil terhadap saudara-saudara, dan muflis kerana kecaman sifat mazmumah yang menular dalam diri terhadap insan yang lain.

************************

Ancaman selalunya melahirkan pandangan yang bersifat negatif, tapi selalunya juga memberikan akibat yang positif. Kecaman Allah dan Rasulullah S.A.W dalam ayat dan hadith tersebut sebenarnya bersifat membentuk. Membentuk manusia agar bersikap baik terhadap saudara-saudara yang lain. Membentuk manusia agar tidak menyakiti sesama insan sama ada secara fizikal mahupun mental. Dan membentuk manusia bagaimana untuk hidup dalam keadaan yang lebih harmoni dalam persekitaran mereka.
 
Menghina, mengaibkan, memberi gelaran2 yang tidak baik, bersikap tidak adil sesama insan selalunya mengakibatkan sifat negatif seperti dendam, renggangnya persahabatan dan putusnya silaturrahim yang bertentangan dengan perintah untuk mengukuhkan persaudaraan dan silaturrahim - sifat mahmudah yang sepatutnya menjadi pegangan hidup setiap insan lebih2 lagi bagi kita yang bergelar Muslim.

Setiap manusia tidak akan lepas daripada melakukan kesilapan, namun sebaik2 daripadanya adalah mereka yang memohon kemaafan dan bersedia untuk memaafkan. Maafkanlah…semoga hidup kita sentiasa di bawah keredhaan Allah…


[1] Muhammad S.A.W bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?” Sahabat menjawab: “Orang yang muflis dikalangan kami adalah seseorang yang tidak memiliki dirham (wang) dan juga tidak memiliki harta. “Lalu Nabi S.A.W bersabda, “Sebenarnya orang yang muflis daripada kalangan umatku adalah seseorang yang datang pada hari qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat tetapi (ketika di dunia) dia pernah mencaci si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, dan pernah memukul si fulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi (penganiaya) dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya, dia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi(penganiaya) sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” Hadith sahih riwayat Muslim.

No comments:

Post a Comment